Puan Hajjah Noor Hasimah binti Muhamad
Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perakaunan dan Diploma Perakaunan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau juga adalah ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA). Mempunyai lebih 30 tahun pengalaman bersama Kumpulan ASPA dalam pengauditan, kewangan dan perakaunan. Beliau telah memegang beberapa jawatan di dalam bidang kewangan, perakaunan dan pengurusan operasi amanah saham. Merupakan PEUA berdaftar dengan FiMM untuk memasarkan unit-unit (No. FiMM: 015-S-20003). Beliau juga merupakan Pegawai Pematuhan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.